Monday, 22 June 2015

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Multi Vitamin



Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 
Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 
Manfaat Utama: 
~~~~~~~~~~~~ 
Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia. 
Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan. 
Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod. 
Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Multi Vitamin 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat. 

Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.


Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.


Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda



CALL / WHATSAPP 017-9091921

Nak free Vitalea??
Promosi ade 7 hari lagi
Daftar ahli RM69,,free Vitalea!
Read More

Saturday, 13 June 2015

7 Sebab Badan Mudah Letih Di Bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, hanya tinggal lebih kurang 4 HARI sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan kita dapat menyambutnya dengan  hati yang gembira dan badan yang sihat dan cergas. Berpuasa bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan, malah kita memerlukan lebih tenaga untuk menunaikan ibadah lain seperti menunaikan solat Tarawih dan mengaji di malam hari.


Namun kadangkala keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Bukan sahaja kita mudah letih dan penat di siang hari, selepas berbuka pula kita akan jadi lebih mengantuk dan ingin cepat tidur. Mengapa ini boleh terjadi? Jom sama-sama kita tengok.

Tidak Bersahur
Ramai di antara kita yang tidak bersahur dengan alasan susah untuk bangun pagi atau tidak biasa makan berat di waktu pagi.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Bersahur Dengan Makanan Yang Kurang Sesuai
Kombinasi makanan berkhasiat yang sesuai diambil ketika bersahur ialah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, serat, protein dan mineral. Antara makanan yang dikategorikan dalam karbohidrat kompleks adalah seperti nasi, beras perang, gandum dan oat. Makanan ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna dan membuatkan tubuh kita dapat menyimpan tenaga dengan lebih lama.




Selain itu pilihlah kombinasi makanan yang kaya dengan serat seperti bayam, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan protein pula ialah seperti ikan, ayam dan telur.
Elakkan juga makan makanan yang berminyak, berempah dan pedas ketika sahur. Makanan sebegini boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan terutama kepada penghidap gastrik.

Sebagaimana yang menjadi sunnah, jangan lupa juga untuk mengambil buah kurma ketika bersahur. Kurma bukan sahaja mengandungi serat dan protein malah mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B dan C.



Bersahur Terlalu Kenyang

Makanlah seadanya dan bukan sehingga membuat kita terlalu kekenyangan. Terlalu kenyang akan membuatkan kita mudah mengantuk dan malas untuk bergerak.

Tidur Selepas Sahur

Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk tidur selepas sahur. Tidur semula dengan perut yang kenyang boleh menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman. Malah tidur selepas makan juga mengganggu pergerakan usus dan boleh menyebabkan kita mengalami gastrik.



Tidak Melakukan Aktiviti Fizikal

Sebagaimana hari-hari yang lain, kita juga digalakkan untuk terus menjalankan aktiviti fizikal yang ringan ketika di bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti berjalan mengeluarkan peluh, berbasikal atau bersenam ringan. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini ialah setengah jam sebelum berbuka puasa ataupun kira-kira 2 jam selepas makan.

Kurang Minum Air Masak

Kurangkan minum air bergula dan lebihkan minum air masak. Minuman bergula boleh menyebabkan rasa haus yang cepat. Selain itu kurangkan juga mengambil minuman berkafein seperti teh atau kopi kerana ianya boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan atau vitamin ke dalam tubuh. Air masak yang cukup diperlukan  untuk mengelakkan dehidrasi. Ketika berbuka dan bersahur, Mek ila memang memilih Performance Drink bagi menjaga keseimbangan elektrolit di dalam tubuh dan mengelakkan rasa haus yang keterlaluan di bulan puasa.


Terus Makan Dengan Banyak Ketika Berbuka
Seharian berpuasa membuatkan kita rasa lebih berselera dan teruja untuk berbuka puasa. Kalau tak percaya pergi sahaja ke bazaar Ramadhan, semua makanan yang kita nampak kelihatan begitu sedap dan terasa ingin dinikmati. Makan dengan banyak ketika berbuka bukan hanya membuatkan perut terkejut, perut juga boleh jadi kembung dan menyebabkan ketidakhadaman.


Berbukalah puasa dengan kurma atau makanan yang sedikit manis. Nikmati sedikit makanan dan teruslah solat maghrib. Setelah selesai solat, barulah kita makan makanan yang sedikit berat. Itu pun jangan sampai kekenyangan hingga membuatkan kita mengantuk dan penat untuk mengerjakan solat terawikh.
Mudah-mudahan tips-tips yang diberikan ini mampu membuatkan kita lebih sihat dan bertenaga dalam mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini.

Kredit to : http://www.raikankasih.com




CALL/WHATSAPP 017-9091921
Read More

Wednesday, 10 June 2015

Vitamin C

FAKTA TENTANG VITAMIN C !!

Anda nak SIHAT dan CANTIK? Takde rahsia pun...

Pastikan cukup keperluan VITAMIN C dalam badan setiap hari yer..
==============

TAHUKAH ANDA??

>> Manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Ia perlu diambil dari pemakanan seharian. Tetapi haiwan mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Contohnya, arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C!!

>> Tambahan pula Vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari.

>> Vitamin C yang memadai dari Buah? Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada seluruh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
========

Nak cara mudah dapatkan sumber VITAMIN C yang terbukti SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN?

Semestinya saya pilih SUSTAINED RELEASED VITAMIN C!!


Read More

Set Berpantang Shaklee

Dalam zaman moden ini, ibu-ibu memilih cara yang mudah, cepat dan selamat untuk menjalani tempoh berpantang. Oleh itu, Set Bersalin Shaklee ini merupakan pilihan yang tepat kerana ia boleh di ambil selepas kelahiran dan paling penting tidak mengganggu penyusuan ibu.




Apakah kepentingan pengambilan vitamin dalam waktu berpantang?

VITA-LEA (MULTIVITAMIN)
Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vita-lea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana banyak makanan pe
rlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

B COMPLEX DENGAN ASID FOLIK
B Complex bertindak sebagai penenang dan menggelakan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru ibu-ibu akan berasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dai dalam dan penting untuk kecantikan, sesuai dengan namanya B for Beauty

VITAMIN C
Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji Vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen yang penting dalam kecantikan kulit.

ZINC COMPLEX
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru pengambilan zinc setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zinc juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin dan pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Supplement tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. Kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundis, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar buang air besar, boleh mengambil Lecithin kerana ia tidak menggangu penyusuan dan membantu melancarkan sistem penghadaman dengan cara lembut sekali.


Kelebihan Set Bersalin Shaklee

  1. Selamat - Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada kesan sampingan.
  2. Berkesan - Oleh kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi, ia sesuai dengan keperluan tubuh dan memenuhi keperluan ibu berpantang untuk cepat sihat, bertenaga dan cergas.
  3. Praktikal - Tiada bau yang memualkan seperti jamu
  4. Membantu penyusuan - Set yang dicadangkan adalah asas kepada vitamin untuk penyusuan juga
  5. Melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi
 
AMIRAHRIFHAN 
TEL: 017-9091921

Read More

Vitamin Yang Sesuai Untuk Penghidap Darah Tinggi

Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi 'diabaikan', adalah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala yang 'menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar.Pada masa yang sama ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya

Apa itu Darah Tinggi?

Darah tinggi atau bahasa perubatannya, Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 dan meningkat secara berterusan. Ia berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.




Gejala

Darah tinggi tidak menunjukan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika darah tinggi agak serius, individu terbabit biasanya mengalami gejala sakit kepala.

Darah tinggi adalah pembunuh senyap dan penghidap penyakit ini juga berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti :
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar (stroke)
  • Kegagalan buah pinggang berfungsi


Langkah Yang Perlu Diambil
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti merokok

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang bermutu tinggi sebagai penawar darah tinggi, ada beberapa vitamin yang disarankan 

1.  Vivix  -  mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular
2.  Energizing Soy Protein (ESP)  -  menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol
3.  Vita-Lea  -  multivitamin yang mengandungi 19 mineral termasuk alfalfa di dalamnya
4.  B-Complex  -  membantu memberikan tenaga dan mengandungi 8 vitamin B yang terbaik termasuk Biotin dan menukar makanan kepada tenaga.
5.  Garlic  -  menurunkan tahap kolesterol, merendahkan tekanan dan mencairkan darah, membantu kekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol.
6.  Omega Guard  -  mengurangkan tahap kolesterol, melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan, serta mengurangkan risiko sakit jantung.
7.  GLA atau Lecithin  -  tugas utama memecahkan lemak, gula dan kolesterol dalam darah.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi 

Amirahrifhan
Tel: 017-9091921
ID: 989457
Read More

Tuesday, 9 June 2015

Kenali vitamin yang sesuai untuk masalah rambut gugur

Sekadar Hiasan | Sumber dr creativerasel
Pagi ni ada cerita best daripada MHI berkenaan rambut...Macam-macam style rambut ada, macam-macam cara nak tambahkan rambut pun ada..Jemputan khas pagi ni, ada seorang doktor datang bercerita sikit berkenaan dengan rambut ni...nama doktor tak ingat...dengar sekejap je....Tapi yang menariksss..nya bila dengar doktor tu cakap yang masalah rambut boleh disebabkan kekurangan zat besi atau zink...Haaaaa....Jadi topik untuk kali ni memang sesuaila....

Selain daripada tekanan dan pencemaran, salah satu punca utama keguguran rambut adalah kekurangan vitamin. Biasanya, orang yang mengalami keguguran rambut juga mengalami kekurangan vitamin dalam diet mereka. Agak-agaknya apalah vitamin yang kurang dalam pemakanan harian kita yang menyebabkan keguguran rambut kan?

1. BIOTIN (VITAMIN-H) 

Vitamin yang paling popular yang membantu keguguran rambut adalah Biotin atau vitamin H.Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.

2. IRON (ZAT BESI)

Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia juga menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Ini perlu, kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. VITAMIN-B
Vitamin B kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana ia menguatkan folikel rambut - menjadikan ia kurang terdedah kepada kerosakan dan kehilangan rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

4. ZINC
Zink banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala (berkelemumur). Satu lagi faedah pengambilan zink ialah ia meningkatkan kehidupan seks anda. Jadi ia menjamin bukan sahaja rambut yang cantik tetapi ‘saat’ yang indah ketika bersama. 

5. ANTI-OKSIDA

Anti-oksidan, yang lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk kulit yang cantik. Tetapi adakah anda tahu bahawa selain daripada memberi anda kulit yang bersih dan mulus, ia menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, mengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda

6. PROTEIN

Protein merupakan satu lagi komponen penting rambut. Sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, protein juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

8. PANTOTHENIC ACID

Asid Pantothenic adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Ia juga merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga.Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita - ia juga mengakibatkan sembelit dan penyakit yang lain.
Sekadar Hiasan | Sumber : hairlosshelpcenter

Sekadar Hiasan | Sumber :www.rogainehair


Nah! Itu dia senarai jenis vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut , tak kiralah rambut gugur ke, rambut bercabang ke, masalah kulit kepala berkelemumur ke..etc..etc..Rambut yang cantik adalah idaman setiap orang. Jadi, jika anda mengalami keguguran rambut atau mana-mana masalah rambut atau kulit kepala, cuba cari apa yang kurang di dalam diet anda. Pilihan di tangan anda untuk memilih makan terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk memastikan sistem badan anda berfungsi dengan betul. Jika anda boleh berbelanja besar untuk rawatan keguguran rambut (termasuk syampu dan perapi, pelembap dan lain-lain), tetapi tanpa pemakanan (yang mengandungi nutrisi) yang betul semuanya adalah membazir. Renung-renungkan!

sumber:rafaliah.blogspot.com


Jadi , suplemen Shaklee yang disarankan oleh Sihat Booster untuk membantu mencegah masalah keguguran rambut adalah:

B Complex - ianya lengkap dengan Biotin serta Asid Folik. Membantu untuk mengurangkan stress dan juga substitute kepada pain killer..

Zinc Complex - membantu dalam pembekuan darah dan membantu dalam masalah keguguran rambut

Vitalea - Lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral , mempunyai zat besi dan membantu dalam 
masalah keguguran rambut

ESP - Protein yang membantu dalam menghasilkan sel-sel baru dan membantu dalam penyerapan zat-zat nutrien.



Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 017-9091921
Emel : myamirahbahari@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Read More

Siapa perlukan Omega Guard



Omega guard sangat penting untuk dalam tubuh kita.

Ia berfungsi untuk menentang kanser, merendahkan kolestrol dan mangawal masalah obesiti dan lain lain lagi



Siapa perlukan nya??

Anda berada dikategori mana??

Settlekan masalah anda hari ni

Contact saya untuk konsultan percuma!!
Read More

Sunday, 7 June 2015

Promosi Jun 2015

BULAN SIHAT & CANTIK!!
====================

Wow, bulan ni bulan HARGA JIMAT untuk Vitamin kecantikan dan kesihatan, iaitu Vitamin C & E.
Apa yang best pasal Vitamin C & E ni??

>> Sustained Release Vit C :
- Meningkatkan immun, membentuk kolagen, mencantikkan kulit, memperbaiki insomnia, mengurangkan risiko kanser.

>> Vitamin E Complex :
- Melindungi jantung, meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma, anti-oksidan, anti-aging, menghilangkan parut, memperbaiki arthrithis..

Jom kita lebih sihat dan cantik!!


Contact me for Free Consultation!!

Your Health & Beauty Consultant,
~Amirah~
017-9091921
myamirahbahari@gmail.com
Read More

Wednesday, 22 April 2015

Cantik Luar Cantik Dalam

Semua orang nakkan kulit yang cantik dan sihat.
Inilah pilihan terbaik untuk anda.
Kombinasi anti-penuaan dan anti-oksida mampu menyelesaikan masalah kulit wajah dan badan,
Sekaligus menyerlahkan keyakinan sebenar diri anda.

Hubungi 017-9091921 untuk info lanjut.

Read More

Tuesday, 20 January 2015

Penapis Air

Cuba kita bayangkan setiap hari kita minum air yang tidak ditapis, bendasing masuk kedalam tubuh kita dan menjadi faktor utama kita menghidap penyakit kronik iaitu kerosakan buah pinggang.


Bagaimanakah kita nak dapat air bersih? Memang diakui air di Malaysia ini telah diproses sebelum disalurkan ke rumah penduduk untuk digunakan. Tapi siapa boleh jamin air paip di rumah kita tu betul-betul bersih dan tidak tercemar.

Justeru itu Shaklee memperkenalkan Get Clean Water Pitcher untuk membantu kita minum air bersih setiap hari. Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter. Get Clean Water Pitcher adalah water filter terbaik di Malaysia. Hanya sekadar rm tiga angka di bawah rm1k kita sudah boleh mendapatkan water filter di rumah kita sekaligus dapat menikmati air yang bersih setiap masa.

Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?

  • Mudah digunakan...tak perlu nak bersusah payang pasang ke singki... 
  • Hanya tuangkan sajer air kedalam jag, dan tak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum
  • Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap...sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.
  • Tak Perlu susah payah mencuci filter...kerana setiap 303 liter (80gelen) air hanya perlu tukar filternya sahaja..senang keja..kalau filter lain kena basuh kalau dah nampak kekuningan...sungguh malaskan!!!
  • Mudah dibawa kemana-mana...balik kampung, jalan-jalan, berkelah dll.. dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih...so, tak perlu lagi beli air mineral...buang duit & mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.
  • Dan yang penting sekali... HARGA MAMPU MILIK!! kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu bersusah-payah lagi masak air, atau pergi ke kedai-kedai yang menyediakan tempat penapis air itu...atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih..
  • Jimat duit bukan....yang penting semua dapat manfaatnya...tiada lagi air karat dirumah..tiada lagi risiko meminum plumbum berat & apa2 jenis kotoran lain...

Jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

  • Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
  • Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita.


Apakah kelebihan dan keistimewaan  Get Clean Water Pitcher ini

  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak
  • Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar
Apa kata pengguna Get Clean Water Pitcher ini?

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter

Adakah kita sedar kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari. Wajibkan diri kita untuk sentiasa minum air yang ditapis selalu. Jadikan Get clean water pitcher Shaklee satu keperluan rasmi di rumah kita. Kita sihat dan keluarga kita pun sihat! Ameen bahagia.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Zulbahari
017-9091920
myamirahbahari@gmail.com
Read More

Thursday, 8 January 2015

Cuci Usus Dengan Alfalfa



TAHUKAH ANDA?

Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun 1950-an

Ianya diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa)secara organic yang bebas dari pestisid , herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

Ia juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”



Manfaat Utama Alfalfa:
Ianya membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat didalam buah buahan mahupun sayuran. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.

10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Antara Khasiat Alfalfa ialah:

MENCUCI HATI,DARAH & USUS

Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit
Toksin yang banyak dalam tubuh kita membuatkan badan kita terasa lemah dan tidak bermaya.  Sejak mengamalkan alfalfa kaki saya tidak lagi merasa sakit, lenguh tubuh juga hilang.
Dulu saya sering mengamalkan memakai “Detox Foot Patch” untuk menghilangkan toksin tetapi kini tidak lagi.
Sekian saje perkongsian saya tentang 1 kelebihan Alfalfa. InsyaAllah saya akan berkongsi dengan anda 6 lagi kelebihannya di masa yang akan datang
Read More

Popular Posts

© Sihat dan Ceria dengan Shaklee, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena