Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih diizinkan bernafas di tahun baru 2014 ini. Kalau diikutkan entry ini siap dikarang tahun lepas lagi (wahaha..bunyi cam lama betul kan) tapi memandangkan ceq ni busy mengalahkan menteri, hari ni baru boleh disempurnakan. Cerita 2013 sudah berakhir. Dan kini buku baru akan dibuka, cerita baru akan dicipta oleh kita. Secara peribadi banyak perkara positif dan manis telah berlaku buat saya sekeluarga. Antaranya selamat menduduki kediaman sendiri setelah pelbagai dugaan dihadapi dalam menyiapkan rumahku itu..nasib baik siap jugak..,berjaya menambah bilangan ahli keluarga, best betul bila ada 2 orang anak ni..huru hara kat rumah tu..heheh..dan juga peningkatan dalam kerjaya yang memberi lebih ruang bersama keluarga.
Selain itu, saya juga boleh berbangga kerana pada tahun lepas juga saya berjaya menambah kualiti dalam diri bila mula terlibat dengan perniagaan. Kenapa saya katakan menambah kualiti? Nanti saya ceritakan kemudian. Saya nak sentuh tentang perniagaan dulu. Saya sebenarnya telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Kedua-dua ibubapa saya berniaga runcit secara kecil-kecilan. Dan of course ada ketika saya turut sama ‘jaga kedai’ diwaktu orang tua saya terpaksa uruskan hal-hal lain.
Pada waktu itu, apa yang seronok berniaga bagi saya ialah posisi sebagai cashier. Saya memang suka betul tengok cashier kat supermarket tu buat kerja. Tup tap tup tap bunyi ‘mesin kira’ dia tu. Dan saya berangan untuk belikan mesin macam tu suatu hari nanti letak kat kedai mak ayah saya. Boleh la saya jadi cashier macam kat supermarket tu. Hahahaha.. itulah angan-angan. Bila meningkat dewasa, saya tidak lagi ‘jaga kedai’..Sambung belajar ambil jurusan perakaunan. Timbul pula minat nak jadi akauntan. Terus lupa dah keseronokan berniaga tadi. Tapi alahai…takde rezeki nak jadi akauntan. Dapat kerja di sektor perbankan pula. Proceed aje la..ekonomi Malaysia turun naik..tak boleh nak memilih kerja sangat.
Mak aii..panjang betul salasilah kisah perniagaan. So, apa jadi sekarang? Tahun 2013 telah memutikkan cinta (ececehh..vocab..) saya semula terhadap perniagaan. Semuanya gara-gara FREE MEMBERSHIP offered by Shaklee. Alkisahnya, saya ingin mendapatkan supplement untuk mengempiskan perut (untuk suami hokkay…I punya maintain lagi..ahaha). So, contact la my BFF yang merupakan pengedar sah Shaklee. Borak punya borak, cerita punya cerita, last skali keluar la statement “..aku nak yang free membership la weh..jimat 75 hinggit..siap dapat bonus lagi bulan depan…”. Tidak lama kemudian, selamat la tiba kotak besar dari Shaklee dan episod berniaga pun bermula.
Apa kaitan dengan menambah kualiti pula..? Okay, sambung lagi baca. Selepas didaftarkan sebagai ahli Shaklee, nama saya dan suami ‘dimasukkan’ pula dalam satu exclusive Group di Facebook. Then dia (kawan saya tadi la)minta saya install apps LINE di telefon bimbit sebab nak masuk grup kat situ jugak. Di grup ni saya disediakan dengan pelbagai info (sampai sekarang belum khatam..hehe) tentang produk, tips cara makan, tips pemasaran..dan yang lebih penting, tips rohani..dan inilah yang saya maksudkan dengan menambah kualiti dalam diri tadi. Bukan senang membuat perubahan kearah lebih baik dalam diri jika kita tiada ilmu. Malah jika ada ilmu sekalipun, kalau tidak konsisten, perubahan itu takkan kekal lama. Dalam grup ni, Alhamdulillah, kami saling ingat-mengingati tentang amalan rohani ni antara satu sama lain. Dan percaya atau tidak, mahu tidak mahu, kita akan berjaya dalam bisnes ni jika perkara yang satu ini tidak kita tinggalkan.
Kini, saya yakin saya berada di landasan yang betul untuk berniaga kerana saya ada mentor, ada ilmu, ada keinginan. Sesuai dengan kedatangan tahun baru ini, bagus untuk kita semua mengorak langkah memulakan episod baru kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Saya berazam untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan saya agar saya boleh membantu lebih ramai lagi saudara seagama saya. Jika anda juga berminat untuk menyertai saya, boleh hubungi saya pada bila-bila masa. IsyaAllah jalan terbentang luas untuk anda mencapai kejayaan dengan Shaklee.
Oh ya..ada satu lagi ‘buah tangan istimewa’ untuk anda yang benar-benar nakkan KEJAYAAN. Klik SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Alhamdulillah.. Satu matlamat telah tercapai, exactly on the written date.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi..cuma kita sahaja yang s...
-
Assalamualaikum.. Apa khabar pembaca-pembaca kesayangan? Saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah hend...
-
Dalam sesebuah perkahwinan, sudah semestinya suami isteri menginginkan untuk mempunyai zuriat mereka sendiri. Apabila mendapat berita t...
-
Khamis lepas, dapat call dari seorang bos. Beliau tanya saya agen Shaklee ke.. Saya mengiyakan. Tanya lagi, Vivix berapa harga.. Me ...
-
TAHUKAH ANDA? Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah..masih diizinkan bernafas di tahun baru 2014 ini. Kalau diikutkan entry ini siap dikarang tahun lepas lagi...
-
Wah..bulan ni mmg ajaib..lepas jer balik dari IMKK Dr .Azizan baru-baru ni keajaiban telah berlaku..memang luar biasa!..Alhamdulillah im...
-
Assalamualaikum...wah..seronoknya bila cuti kan..masa ni la baru berpeluang nak update blog segala bagai. Almaklum le, bila ada si kecil...
-
Set Kehamilan Shaklee adalah set kesihatan yang paling top di dalam Shaklee. Ini adalah kerana masih kurang set vitamin yang khas unt...
Alhamdulillah....yess u on a right track!goodluck.bebeh!
ReplyDeletetq mommy😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete