Thursday, 19 June 2014

Nikmatnya berpantang



Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca-pembaca kesayangan? Saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah hendaknya..amin..

Tahukah anda bilakah detik yang paling mengujakan bagi seorang wanita? Saat bakal mertua menyarungkan cincin tanda? Masa ijabkabul? Atau masa melahirkan anak?

Sebenarnya semua detik tersebut pun mengujakan.. tetapi ada satu ketika dimana wanita melalui hari-hari yang cukup bermakna..iaitu saat menanti kelahiran bayi.


PENGALAMAN KALI PERTAMA

Perasaan ini lebih jelas bagi wanita yang bakal melahirkan bayi sulung. Ketiadaan pengalaman terkadang membuatkan hati runsing memikirkan saat-saat yang bakal dilalui.

Ditambah pula dengan kisah-kisah pengalaman bersalin orang lain yang kerap kali diterjemahkan sebagai kesakitan yang paling kuat membuatkan bakal-bakal ibu ini semakin resah dan tidak senang duduk.


BERJAUHAN DARI ORANG TUA.

Dalam keadaan begini, kebiasaannya wanita-wanita ini sangat inginkan ibu atau ibu mertua mereka ada bersama. Kerana hanya golongan ini yang terlebih dahulu merasai pengalaman tersebut dan tentunya lebih memahami apa yang sedang dan akan dialami oleh bakal ibu.

Namun demikian, tidak semua orang bernasib baik mempunyai ibu disisi sebagai peneman sepanjang masa menanti detik kelahiran.



Demi memenuhi tuntutan kehidupan berkeluarga, ramai antara kita terpaksa berhijrah ke bandar sekaligus tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Hanya berhubungan melalui telefon dan alam maya. Dalam keadaan ini, ibu sekadar dapat memberi nasihat dan kata-kata peransang ataupun berkongsi petua bagaimana menghadapi saat-saat kelahiran mahupun cara mengurangkan sakit bersalin nanti. Tiada sentuhan, apatah lagi urutan-urutan kasih seorang ibu.

PERSEDIAAN AWAL SANGAT PENTING

Bagi bakal ibu yang berada dalam situasi sebegini, anda perlu mengambil lebih inisiatif agar segalanya berlangsung tenang dan lancar. Kekuatan emosi dan fizikal sangat penting terutamanya bila waktu jangkaan kelahiran hampir tiba.

Suami juga memainkan peranan sangat penting kerana hanya mereka yang ada disisi menggantikan ibu yang jauh di kampung.


Dalam keadaan normal, kelahiran biasanya berlaku pada waktu kandungan berusia 39 hingga 41 minggu. Malah doctor gynae anda pasti memberikan estimated due date (edd) bagi memudahkan anda membuat persiapan.

Penting bagi ibu membuat persediaan awal agar tiada kekalutan saat akhir jika ditakdirkan bayi keluar lebih awal dari edd. Ambillah masa membeli keperluan bayi dan juga ibu semasa berpantang sedikit demi sedikit tanpa menunggu sehingga saat kehamilan sudah di penghujung.

Antara perkara utama yang boleh dijadikan panduan adalah newborn checklist. Pelbagai versi checklist yang ada pada mr. Google yang boleh dijadikan panduan bagi bakal ibu.


Namun begitu, tidak semua perkara dalam checklist tersebut jatuh dalam kategori wajib ada. Ia bergantung pada keadaan dan keperluan bakal ibu itu sendiri. Apa yang penting, tiada pembaziran berlaku.

BERPANTANG LEBIH MUDAH SECARA MODEN

Selain keperluan bayi, bakal ibu juga perlu mengambil kira keperluan ibu sepanjang tempoh berpantang. Seiring dengan keadaan kehidupan pada masa kini, lebih ramai ibu memilih untuk berpantang secara moden berbanding cara tradisional.

Antara kebaikan berpantang secara moden adalah ibu lebih cepat sembuh sekaligus menjadikan badan lebih bertenaga untuk menguruskan bayi serta kehidupan baru sebagai seorang ibu.


Shaklee menawarkan rangkaian produk terbaik dalam SET BERSALIN bagi membantu ibu-ibu berpantang dengan lebih mudah dan sihat malah menjimatkan. Tidak perlu menggaji pembantu bagi tujuan merebus akar kayu, segala jenis herba atau persediaan tradisional lainnya. Ini kerana supplemen Shaklee yang terdapat dalam set ini berbentuk tablet dan serbuk yang bersifat easy-consuming.


Antara kebaikan-kebaikan produk yang terkandung dalam SET BERSALIN Shaklee adalah seperti berikut:
1)          Vitalea

Multivitamin mudah larut yang diperkaya dengan zat besi yang membantu menambah kepekatan darah. Membekalkan 21 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh ibu bersalin.

2)          B-Complex

Vitamin mudah larut yang turut mengandungi asid folik dapat membantu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan serta tekanan yang mungkin dihadapi oleh ibu sewaktu dalam pantang dan selepasnya.
 
3)          Sustained Release Vitamin C

SR vitamin C penting bagi meningkatkan imunisasi atau daya tahan penyakit bagi ibu dan bayi. Mengandungi antioksida yang boleh membantu melawan radikal bebas dalam badan.

4)          Zinc Complex

Sama ada para ibu bersalin secara normal mahupun pembedahan caesarian, zinc complex membantu mempercepatkan luka akibat bersalin sembuh. Selain itu, ia turut mengawal masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh ibu selepas bersalin.

5)          Energizing Soy Protein (ESP)

Serbuk berperisa soya ini berfungsi membekalkan tenaga segera kepada ibu. Kandungan asid amino bertujuan membekalkan protein yang berperanan dalam pembinaan sel-sel baru. ESP juga menbantu menjadikan kulit lebih cantik, menghilangkan strech marks disamping memekatkan susu ibu.

6)          Alfalfa Complex

Ibarat kacip fatimah moden, Alfalfa Complex membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi serta lenguh-lenguh, melancarkan penghadaman dan memudahkan pelawasan, meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Alfalfa juga membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

SET BERSALIN Shaklee ini boleh diambil sejak hari pertama kelahiran lagi. Malah, bagi memberi lebih nilai, set ini boleh digunakan dari saat mula hamil dan diteruskan sehingga selepas bersalin.

Kandungan setiap botol yang mengandungi antara 120-180biji vitamin dengan pengambilan harian hanya sebiji sehari setiap jenis menyebabkan set ini dapat bertahan antara 4-6 bulan. Ini akan memberi lebih nilai kepada wang anda pastinya.

SHAKLEE MENJADI PILIHAN MEREKA

“Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh tak kata”

SET BERSALIN Shaklee ternyata menjadi pilihan kebanyakan ibu dan bakal ibu pada hari ini. Testimoni berikut mungkin boleh menambah keyakinan anda dalam membuat keputusan, memilih yang terbaik buat anda dan bayi.





Saya doakan semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi anda. Dan selamat berpantang dengan gembira bersama SET BERSALIN Shaklee.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda & keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan duduk dirumah?
Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE &
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Amirah Rifhan
ID: 989457
myamirahbahari@gmail.com
call/sms/whatsapp: 017-9091921


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

© Sihat dan Ceria dengan Shaklee, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena