Saturday, 13 June 2015

7 Sebab Badan Mudah Letih Di Bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, hanya tinggal lebih kurang 4 HARI sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan kita dapat menyambutnya dengan  hati yang gembira dan badan yang sihat dan cergas. Berpuasa bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan, malah kita memerlukan lebih tenaga untuk menunaikan ibadah lain seperti menunaikan solat Tarawih dan mengaji di malam hari.


Namun kadangkala keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Bukan sahaja kita mudah letih dan penat di siang hari, selepas berbuka pula kita akan jadi lebih mengantuk dan ingin cepat tidur. Mengapa ini boleh terjadi? Jom sama-sama kita tengok.

Tidak Bersahur
Ramai di antara kita yang tidak bersahur dengan alasan susah untuk bangun pagi atau tidak biasa makan berat di waktu pagi.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Bersahur Dengan Makanan Yang Kurang Sesuai
Kombinasi makanan berkhasiat yang sesuai diambil ketika bersahur ialah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, serat, protein dan mineral. Antara makanan yang dikategorikan dalam karbohidrat kompleks adalah seperti nasi, beras perang, gandum dan oat. Makanan ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna dan membuatkan tubuh kita dapat menyimpan tenaga dengan lebih lama.




Selain itu pilihlah kombinasi makanan yang kaya dengan serat seperti bayam, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan protein pula ialah seperti ikan, ayam dan telur.
Elakkan juga makan makanan yang berminyak, berempah dan pedas ketika sahur. Makanan sebegini boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan terutama kepada penghidap gastrik.

Sebagaimana yang menjadi sunnah, jangan lupa juga untuk mengambil buah kurma ketika bersahur. Kurma bukan sahaja mengandungi serat dan protein malah mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B dan C.



Bersahur Terlalu Kenyang

Makanlah seadanya dan bukan sehingga membuat kita terlalu kekenyangan. Terlalu kenyang akan membuatkan kita mudah mengantuk dan malas untuk bergerak.

Tidur Selepas Sahur

Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk tidur selepas sahur. Tidur semula dengan perut yang kenyang boleh menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman. Malah tidur selepas makan juga mengganggu pergerakan usus dan boleh menyebabkan kita mengalami gastrik.



Tidak Melakukan Aktiviti Fizikal

Sebagaimana hari-hari yang lain, kita juga digalakkan untuk terus menjalankan aktiviti fizikal yang ringan ketika di bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti berjalan mengeluarkan peluh, berbasikal atau bersenam ringan. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini ialah setengah jam sebelum berbuka puasa ataupun kira-kira 2 jam selepas makan.

Kurang Minum Air Masak

Kurangkan minum air bergula dan lebihkan minum air masak. Minuman bergula boleh menyebabkan rasa haus yang cepat. Selain itu kurangkan juga mengambil minuman berkafein seperti teh atau kopi kerana ianya boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan atau vitamin ke dalam tubuh. Air masak yang cukup diperlukan  untuk mengelakkan dehidrasi. Ketika berbuka dan bersahur, Mek ila memang memilih Performance Drink bagi menjaga keseimbangan elektrolit di dalam tubuh dan mengelakkan rasa haus yang keterlaluan di bulan puasa.


Terus Makan Dengan Banyak Ketika Berbuka
Seharian berpuasa membuatkan kita rasa lebih berselera dan teruja untuk berbuka puasa. Kalau tak percaya pergi sahaja ke bazaar Ramadhan, semua makanan yang kita nampak kelihatan begitu sedap dan terasa ingin dinikmati. Makan dengan banyak ketika berbuka bukan hanya membuatkan perut terkejut, perut juga boleh jadi kembung dan menyebabkan ketidakhadaman.


Berbukalah puasa dengan kurma atau makanan yang sedikit manis. Nikmati sedikit makanan dan teruslah solat maghrib. Setelah selesai solat, barulah kita makan makanan yang sedikit berat. Itu pun jangan sampai kekenyangan hingga membuatkan kita mengantuk dan penat untuk mengerjakan solat terawikh.
Mudah-mudahan tips-tips yang diberikan ini mampu membuatkan kita lebih sihat dan bertenaga dalam mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini.

Kredit to : http://www.raikankasih.com




CALL/WHATSAPP 017-9091921

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

© Sihat dan Ceria dengan Shaklee, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena