Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong,
bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah
berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai
ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu
kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa
hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu,
habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi
kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang
bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama
anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah
Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam,
solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat
dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia
yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang
hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia
akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika
Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya
kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu
walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya.
Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga
mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa
walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin
kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa
lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan
sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini
berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai
untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita,
Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat
macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim
supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan
orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku
orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi,
hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik.
Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan
"Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk
faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak
faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau
lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org
tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini
hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Alhamdulillah.. Satu matlamat telah tercapai, exactly on the written date.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi..cuma kita sahaja yang s...
-
Assalamualaikum.. Apa khabar pembaca-pembaca kesayangan? Saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah hend...
-
Dalam sesebuah perkahwinan, sudah semestinya suami isteri menginginkan untuk mempunyai zuriat mereka sendiri. Apabila mendapat berita t...
-
Khamis lepas, dapat call dari seorang bos. Beliau tanya saya agen Shaklee ke.. Saya mengiyakan. Tanya lagi, Vivix berapa harga.. Me ...
-
TAHUKAH ANDA? Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah..masih diizinkan bernafas di tahun baru 2014 ini. Kalau diikutkan entry ini siap dikarang tahun lepas lagi...
-
Wah..bulan ni mmg ajaib..lepas jer balik dari IMKK Dr .Azizan baru-baru ni keajaiban telah berlaku..memang luar biasa!..Alhamdulillah im...
-
Assalamualaikum...wah..seronoknya bila cuti kan..masa ni la baru berpeluang nak update blog segala bagai. Almaklum le, bila ada si kecil...
-
Set Kehamilan Shaklee adalah set kesihatan yang paling top di dalam Shaklee. Ini adalah kerana masih kurang set vitamin yang khas unt...
0 comments:
Post a Comment