Monday, 25 November 2013

M.A.G.N.E.T

Assalamualaikum…

Pagi Isnin yang lalu (11/11/2013) merupakan cuti umum bagi Negeri Kelantan. Meraikan Hari Keputeraan Sultan kesayangan. Daulat Tuanku…Ups..salah…Tiada istilah Daulat Tuanku disini. Raja Ditaati, Rakyat Dinaungi – tagline yang tertera dalam banner/bunting serata negeri. Terserlah jiwa rakyat Tuanku.

Actually, cerita kali ni bukanlah berkenaan hari Keputeraan. Tapi apa yang kami buat pada hari berkenaan.

Pagi itu, saya dan suami beserta seorang sahabat suami sepakat menghadiri Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan oleh Dr. Azizan Osman, oghe kelate kito…;) Sebab itu la tajuk entry ni M.A.G.N.E.T. Ini pertama kali kami menyertai seminar kelolaan Dr. Azizan Osman. Sejak menyertai group Jutawan Shaklee ni, saya banyak didedahkan dengan tips-tips berguna baik dari segi strategi bisnes, pemasaran mahupun tips motivasi sebagai pendorong kekuatan mental.

 Apa yang saya gemar berada dalam group ini adalah mentor-mentor saya semuanya tidak kedekut menurunkan ilmu. Ada antara mereka telah menghadiri program berbayar sehingga ribu riban uollss…dan hasilnya bila ilmu yang dipelajari itu dipraktikkan, sangat lumayan. Ilmu itu dikongsikan pula dengan “anak-anak kecil” yang amatur seperti kami ini..yang baru nak belajar berniaga. Memang satu tindakan yang mulia.

Kembali pada cerita Seminar Magnet tadi, saya rasa tidak cukup 4 jam masa yang diperuntukkan bagi program itu. Sungguh, ia bermanfaat. Terasa rugi pula tidak menyertai program sebegini dari awal lagi.

Pendekatan santai yang digunakan oleh Dr. Azizan sangat ‘catchy’ dan menarik perhatian saya. Walaupun santai, still ilmu itu masih ada. Bukan percakapan kosong semata-mata.

Ada antara ilmu yang diberi itu telah dikongsikan lebih awal oleh mentor saya melalui group atau online coaching kami. Sesuatu yang belum tentu saya akan dapat jika berada dalam group lain. Mereka sungguh komited memberi bimbingan dan tunjukajar. Sesekali tidak membiarkan ‘anak-anak murid’ mereka ini terkapai-terkapai dalam mengejar matlamat bisnes.

Apa yang boleh saya simpulkan dari seminar ini, yang paling penting adalah MATLAMAT. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, harus ada matlamat dan matlamat itu mesti ditulis. Bukan sekadar disemat dalam kepala. Itu akan jadi angan-angan mat jenin nanti;). Matlamat juga harus disertai dengan dateline yang spesifik. Barulah kita jelas dengan apa yang kita mahu. 

Selain itu, untuk Berjaya, kita juga perlu ada mentor. Mentor yang sudah terbukti Berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya sudah temui mentor saya. Semoga suatu hari nanti saya juga akan berjaya seperti beliau. Dan semoga anda yang membaca juga Berjaya mencapai matlamat anda.

Banyak lagi sebenarnya tips-tips yang sempat saya catatkan dalam buku nota saya. InsyaAllah, next entry saya akan berkongsi lagi dengan anda semua.

Opps..sebelum saya pen-off, suka saya berkongsi dengan anda catatan pengalaman kisah hidup seseorang yang sedang mendaki puncak kejayaan. BACA SINI.



Jumpa lagi. Wassalam… 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

© Sihat dan Ceria dengan Shaklee, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena